KAEBSYUL KEOPI
KAEBSYUL KEOPI
Oleh: Nur Aishah binti Ismail
14 April 2022 – Sebuah kafe ‘hipster’
yang terletak di Kota Laksamana Melaka, menjadi tarikan dan minat orang ramai dek
kerana keunikan yang ada pada kafe tersebut. Kafe yang baru ditubuhkan sejak Mac
lalu yang beroperasi setiap 3 petang sehingga 11 malam ini telah mendapat
maklum balas yang sangat baik dari orang ramai. Hasil lukisan yang berada di
setiap dinding pastinya akan membuat pengunjung tertarik untuk bergambar dan
berswafoto di kafe tersebut.
Ruangan minuman di Kaebsyul Keopi
Nama
kafe ‘Kaebsyul Keopi’ yang berasal dari perkataan Korea telah menjadi
pilihan pemilik café untuk menamakan café tersebut. Konsep yang digunakan ini ialah
untuk memberi peluang kepada para pengunjung untuk bergambar dan memuat naik di
media sosial.
“Kedai kopi ini ialah satu-satunya kedai yang mempunyai lukisan di dinding yang berkonsepkan hidupan alam yang sangat tenang jika dilihat” kata Norazlina Ab Aziz, pemilik café tersebut. Sasaran pengunjung yang datang ke café lebih tertumpu kepada para remaja atau dewasa yang ingin meluangkan masa bersama rakan mereka sambil menikmati minuman kopi di cafe ini.
Selain dari menu-menu yang ada di sini,
café ini juga turut menyediakan menu istimewa di bulan ramadhan ini iaitu Mee
Kari Power, Kuey Tiaw Kungfu dan Ice Blended Kurma. Menu tersebut dihidangkan
dengan harga yang sangat berpatutan iaitu serendah RM 10.80 bagi setiap menu.
Antara lukisan-lukisan yang terdapat di cafe tersebut |
Beliau juga turut memberi jaminan bahawa
sesiapa yang datang ke café ini pasti dapat menikmati makanan yang lazat serta
tempat yang selesa dan cantik. Tambahan itu, kapasiti yang boleh dimuatkan di dalam
café ini ialah seramai 40 orang dalam suatu masa selain kemudahan seperti surau
dan tandas juga turut disediakan.
“Saya menjemput orang Melaka dan luar
Melaka untuk sama-sama mencuba meluangkan masa dan menikmati hidangan di café ini
yang sangat sesuai untuk bergambar atau berswafoto bersama keluarga atau
rakan-rakan mereka” ulasnya lagi. Oleh itu, masyarakat di luar sana seharusnya
tidak melepaskan peluang untuk mencuba menjamu selera di tempat baharu ini.
Comments
Post a Comment